RSS

Saturday, July 16, 2011

Web Resources for Teachers

Moga rakan-rakan dapat menggunakan link-link dibawah ini sebagai panduan dalam memantapkan lagi sesi P&P.

Thursday, July 14, 2011

Mind, Heart & Soul...

Tuhan menjawab Do'a dengan 3 cara:-
YA...Ia berikan yg kamu minta..
TIDAK...Ia akan memberi yg lebih baik..
TUNGGU...Ia akan beri yg terbaik...



ALLAH is the best listener, u don't need to shout, not cry out loud...
bcoz he hears even the very silent prayer of a sincere heart!!!   

Wednesday, July 13, 2011

Just For Fun & Some Thought!!!

Penggunaan teknologi yang menarik dalam kelas.

Saturday, July 9, 2011

Kebanggaan SK Kuala Teriang

Action Song

Bola Baling (Johan Daerah Langkawi)

Kawad Kaki (Johan Putera dan Puteri Daerah Langkawi)

Eureka Sains (Tempat Ketiga Negeri Kedah)

Hoki (Tempat Ketiga Daerah Langkawi)


Monday, June 27, 2011

Elemen Bestari

Elemen p&p bestari dan kenyataan / justifikasi berdasarkan perlakuan guru dan murid.

Elemen P&P Bestari
Kenyataan / Justifikasi
Pengajaran & Pembelajaran Berpusatkan Pelajar.
  • Murid akan belajar secara kolaboratif dengan guru hanya bertindak sebagai fasilitator.
Tugasan mengikut kumpulan.

(SP – Koperatif & Kolaboratif)

(JP – Berpusatkan pelajar)
  • Menggalakan murid belajar kendiri dan secara kolaboratif.
  • Murid diberikan tugasan dalam kumpulan mengikut tajuk dalam tema yang ditetapkan.
  • Pembelajaran berfikrah yang mana murid perlu berfikir cara-cara untuk menyelesaikan tugasan yang diarahkan.
Penggunaan alatan ICT dan Teknologi.

(JP – Berbantu teknologi)
(SP – Pemerhatian)

(Generik/TMK)

(Generik/KB – Menyampai secara lisan)
  • Murid memerhatikan persembahan power point untuk memahami tema.
  • Murid menggunakan pelbagai alatan ICT.
  • Murid membuat latihan menggunakan perisian yang disediakan oleh guru.
  • Murid membuat pembentangan menggunakan pelbagai peralatan TMK.
Tugasan berbeza setiap kumpulan – Secara projek.

(Generik/KP – Penentuan tema, penyoalan, pengarahan)

(JP – Berbantu projek)
  • Guru memberi soalan, panduan dan arahan dalam menyelesaikan tugasan.
  • Murid diberikan tugasan yang berbeza berdasarkan topik dan tema yang sama.
  • Murid akan menentukan sendiri bagaimana tugasan ini dijalankan sehingga menperolehi hasil yang memuaskan.
  • Murid akan bekerjasama dalam melaksanakan tugasan ini.
Penilaian dijalankan oleh murid.

(CP – Verbal/Linguistik, Kecerdasan emosi)
(Generik/KMM – Penilaian kendiri, kerja projek murid)
  • Murid membentangkan hasil tugasan yang diberikan.
  • Murid menjalankan penilaian sebaik sahaja tamatnya sesuatu pembentangan.
  • Penilaian dijalankan dari segi elemen persembahan, kemahiran yang didapati dan perkara baru yang diperolehi.

ICT dalam P&P

Penggunaan ICT dalam P&P

Jurnal Pendidikan oleh Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad (UKM)

>> Kajian yg dijalankan mengenai penggunaan ICT dalam P&P di sebuah sekolah di Pahang. Perbandingan yang dibuat adalah diantara pengajaran konvensional dan pengajaran berintergrasikan ICT.  

Thursday, June 23, 2011

How to?

Membina Blog

Langkah 1
Layari blogger untuk menghasilkan blog. Isikan kedua-dua ruang "Username" dan " "Password" dengan kata laluan yang sama dengan kata laluan e-mail apabila paparan dibawah muncul. Kemudian klik " CREATE A BLOG"







Langkah 2
Letakkan nama yang ingin dipaparkan dalam blog nanti di ruang "Display Name". Kemudian klik (seperti dipaparkan ) di ruang "Email Notification" dan
" Acceptance Of Term". Klik "Continue" apabila semua langkah di atas telah dibuat.





Langkah 3
Letakkan tajuk blog kita di ruangan "Blog Title". Ruang ini mesti diisi. Nama blog ini boleh ditukar dari masa ke semasa. Di ruangan "Blog Adress ( URL ), masukkan nama yang sesuai. Pastikan nama blog ini ditulis tanpa "space". Setelah selesai, klik "CONTINUE".





Langkah 4
Pilih template yang akan menjadi latarbelakang kepada blog yang akan kita hasilkan dengan cara klik kepada template yang menjadi pilihan.Template yang dipilih ini juga boleh ditukar kepada template yang lain dari masa ke semasa.Setelah membuat pilihan, klik "Continue".




Langkah 5
Kita telah berjaya membina blog peribadi sendiri. Setelah blog berjaya dibina, kita boleh mula menulis apa-apa artikel untuk di"publish"kan kepada umum. Mulakan dengan menekan butang "START BLOGGING"





Langkah 6
Apabila selesai menaip artikel berkenaan, klik butang "PUBLISH POST" untuk membolehkan artikel dipaparkan dalam blog.



Langkah 7
Artikel yang ditaip telah dipaparkan ke dalam blog. Seterusnya jemputlan rakan-rakan ke blog anda.