RSS

Monday, June 27, 2011

Elemen Bestari

Elemen p&p bestari dan kenyataan / justifikasi berdasarkan perlakuan guru dan murid.

Elemen P&P Bestari
Kenyataan / Justifikasi
Pengajaran & Pembelajaran Berpusatkan Pelajar.
  • Murid akan belajar secara kolaboratif dengan guru hanya bertindak sebagai fasilitator.
Tugasan mengikut kumpulan.

(SP – Koperatif & Kolaboratif)

(JP – Berpusatkan pelajar)
  • Menggalakan murid belajar kendiri dan secara kolaboratif.
  • Murid diberikan tugasan dalam kumpulan mengikut tajuk dalam tema yang ditetapkan.
  • Pembelajaran berfikrah yang mana murid perlu berfikir cara-cara untuk menyelesaikan tugasan yang diarahkan.
Penggunaan alatan ICT dan Teknologi.

(JP – Berbantu teknologi)
(SP – Pemerhatian)

(Generik/TMK)

(Generik/KB – Menyampai secara lisan)
  • Murid memerhatikan persembahan power point untuk memahami tema.
  • Murid menggunakan pelbagai alatan ICT.
  • Murid membuat latihan menggunakan perisian yang disediakan oleh guru.
  • Murid membuat pembentangan menggunakan pelbagai peralatan TMK.
Tugasan berbeza setiap kumpulan – Secara projek.

(Generik/KP – Penentuan tema, penyoalan, pengarahan)

(JP – Berbantu projek)
  • Guru memberi soalan, panduan dan arahan dalam menyelesaikan tugasan.
  • Murid diberikan tugasan yang berbeza berdasarkan topik dan tema yang sama.
  • Murid akan menentukan sendiri bagaimana tugasan ini dijalankan sehingga menperolehi hasil yang memuaskan.
  • Murid akan bekerjasama dalam melaksanakan tugasan ini.
Penilaian dijalankan oleh murid.

(CP – Verbal/Linguistik, Kecerdasan emosi)
(Generik/KMM – Penilaian kendiri, kerja projek murid)
  • Murid membentangkan hasil tugasan yang diberikan.
  • Murid menjalankan penilaian sebaik sahaja tamatnya sesuatu pembentangan.
  • Penilaian dijalankan dari segi elemen persembahan, kemahiran yang didapati dan perkara baru yang diperolehi.

1 comments:

Anonymous said...

Its so useful........

Post a Comment