RSS

Thursday, June 23, 2011

How to?

Membina Blog

Langkah 1
Layari blogger untuk menghasilkan blog. Isikan kedua-dua ruang "Username" dan " "Password" dengan kata laluan yang sama dengan kata laluan e-mail apabila paparan dibawah muncul. Kemudian klik " CREATE A BLOG"







Langkah 2
Letakkan nama yang ingin dipaparkan dalam blog nanti di ruang "Display Name". Kemudian klik (seperti dipaparkan ) di ruang "Email Notification" dan
" Acceptance Of Term". Klik "Continue" apabila semua langkah di atas telah dibuat.





Langkah 3
Letakkan tajuk blog kita di ruangan "Blog Title". Ruang ini mesti diisi. Nama blog ini boleh ditukar dari masa ke semasa. Di ruangan "Blog Adress ( URL ), masukkan nama yang sesuai. Pastikan nama blog ini ditulis tanpa "space". Setelah selesai, klik "CONTINUE".





Langkah 4
Pilih template yang akan menjadi latarbelakang kepada blog yang akan kita hasilkan dengan cara klik kepada template yang menjadi pilihan.Template yang dipilih ini juga boleh ditukar kepada template yang lain dari masa ke semasa.Setelah membuat pilihan, klik "Continue".




Langkah 5
Kita telah berjaya membina blog peribadi sendiri. Setelah blog berjaya dibina, kita boleh mula menulis apa-apa artikel untuk di"publish"kan kepada umum. Mulakan dengan menekan butang "START BLOGGING"





Langkah 6
Apabila selesai menaip artikel berkenaan, klik butang "PUBLISH POST" untuk membolehkan artikel dipaparkan dalam blog.



Langkah 7
Artikel yang ditaip telah dipaparkan ke dalam blog. Seterusnya jemputlan rakan-rakan ke blog anda.




2 comments:

suriatysamsudin said...

tq kinah sbb bagi tunjuk ajar kat aku mcm mn nk bina blog..

syafa~210115 said...

good job sis!

Post a Comment